Peperiksaan Radio Amatur (RAE) - Panduan Dan Syarat Permohonan

Peperiksaan Radio Amatur (RAE)

klik pada gambar

1- Pemohon perlu mendaftar bagi mengambil peperiksaan RAE secara online menerusi laman web : https://sems.skmm.gov.my/sems/

2- Buat pembayaran secara online di ruangan "Purchase Voucher" dengan memilih "Exam Voucher". Pembayaran boleh dilakukan dengan menggunakan kad kredit atau pemindahan bank sebanyak RM 50.00 sahaja. (Panduan belian voucher)

3- Selepas pembayaran dibuat, klik pada "Examination Application". Pilih RAE dan masukkan nombor voucher pembayaran yg telah dibeli.

4- Isikan butir-butir diri yang diperlukan dan tekan hantar.

5- Pastikan anda memilih dengan tepat lokasi wilayah untuk anda menduduki RAE.

*Selepas permohonan dihantar, notis/slip kelulusan untuk menduduki RAE akan dihantar melalui email.

Panduan Bergambar

1- Masukkan Nombor voucher atau no IC pemohon
2- Tekan check untuk periksa status
klik pada gambar

3- Pilih jenis peperiksaan "RAE"
4- Periksa butir-butir voucher
5- Tekan Proceed untuk meneruskan permohonan exam
klik pada gambar

6- Informasi peperiksaan
7- Informasi permohonan
8- Isi tarikh lahir
9- Umur
10- Pilih jantina
11- Isi alamat kediaman
12- Pilih Negeri
13- Isi bandar
14- Isi Postcode
15- Isi Contact No
16- Isi Email – pemohon akan menerima email jika ada informasi
17- Isi maklumat tambahan (Jika Ada)
18- Pilih kawasan pusat peperiksaan (Region)
19- Klik pada checkbox untuk bersetuju
20- Klik pada SUBMIT untuk hantar atau CANCEL untuk kembali pada home SEMS
klik pada gambar

21- Permohonan yang berjaya akan menerima Nombor Permohonan
20- Klik BACK TO MAIN MENU untuk kembali pada homepage SEMS
klik pada gambar


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN (ATAS TALIAN) BAGI MENDUDUKI PERPERIKSAAN RADIO AMATUR (RAE) & UJIAN KOD MORSE (CW)

1- Permohonan mestilah memenuhi kriteria berikut:-
  • Bagi permohonan peperiksaan Radio Amatur (RAE), pemohon mestilah berumur 14 tahun ke atas pada hari peperiksaan tersebut dilangsungkan; dan
  • Warganegara Malaysia, Permaustatin Tetap atau warganegara asing dari negara yang memiliki aturan kesalingan (reciprocity arrangement) dengan Malaysia. Senarai Negara
  • Bagi permohonan Ujian Kod Morse, pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas pada hari peperiksaan tersebut dilangsungkan; dan
  • Memiliki Penguntukan Radas Stesen Amatur Kelas B (9W) yang sah untuk tempoh sekurang-kurangnya satu tahun pada hari ujian tersebut dilangsungkan.

2- Bayaran Yuran Peperiksaan termasuk yuran pemprosesan ialah RM50.00 dan hanya boleh dijelaskan melalui penggunaan "Baucer Peperiksaan SKMM" yang boleh dibeli melalui sistem e-payment SKMM.

3- Baucer hanya sah digunakan dalam tempoh sahlakunya sahaja untuk permohonan menduduki Peperiksaan anjuran SKMM oleh penama yang tertera pada baucer tersebut. Pastikan anda adalah orang yang layak untuk menduduki ujian tersebut sebelum membeli baucer ini kerana baucer ini tidak boleh ditukar milik atau dikembalikan semula untuk tebus tunai.

4- SKMM berhak menentukan tarikh, masa dan tempat peperiksaan muktamad bagi setiap calon.

Sumber rujukan : Laman Web SKMM
1 Komentar untuk "Peperiksaan Radio Amatur (RAE) - Panduan Dan Syarat Permohonan"

TINY RINGS FOR MEN - TI-NOTAR®
TINY RINGS FOR MEN · titanium metal trim TINY RINGS FOR MAN · TINY RINGS FOR MERKUR - schick quattro titanium SILVER · TOOTH RINGS FOR MINI. · TOOTH titanium headers RINGS FOR PEACE · TINY RINGS titanium white dominus price FOR GOLD · thunder titanium lights TOOTH RINGS FOR POKER